JAKARTA: Presiden  Jokowi segera mengarahkan pihak polis memburu seluruh jaringan pengganas terbabit susulan serangan terhadap balai polis di Solo, Jawa Tengah, pagi tadi.

Sekitar jam 7.30 pagi tadi, seorang lelaki mencuba menyerang balai polis di  Solo, namun dihadang oleh polis.

Tidak berapa lama kemudian, pelaku meledakkan diri dengan keadaan tubuh yang hancur.

Anggota polis yang cuba menghalang, tercedera, manakala identiti penyerang belum diketahui lagi, menurut laporan stesen TV di sini, namun dipercayai merupakan penyokong IS.

Jokowi meminta rakyat Indonesia  supaya tidak takut menghadapi aksi pengganas itu, sambil meminta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya sudah perintahkan Kapolri untuk kejar jaringan, tangkap jaringan dan ungkap yang berkaitan dengan bom bunuh diri di Mapolresta Solo,” kata Jokowi di Padang, Sumatera Barat, Selasa, seperti dipetik detik.com.“Kita berharap masyarakat tenang, ini ibadah terakhir, supaya kita khusyuk dan tidak takut hadapi teror itu,” tambah Jokowi yang pernah menjadi wali kota Solo. – Sarawakvoice.com