Friday, October 7, 2022

Ranum Mina, jangan teruskan hasrat YB!

Secara Rawak

KUCHING: Jangan teruskan. Itulah gesaan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Ranum Mina.

Ranum, calon langsung BN dalam pilhan raya 7 Mei lalu yang dikaitkan dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP), kini mahu membawa kerusi Opar menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ranum Mina_0000Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) membuat bantahan terhadap tindakan Ranum, dengan 1,200 orang telah mengumpul tandatangan.

Ranum difahamkan telah memohon untuk menyertai parti tulang belakang BN itu.

Menjelang hari penamaan calon pada 25 April lalu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mensyaratkan calon langsung untuk keluar dari parti masing-masing, dan selepas keputusan diumumkan, mereka boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti yang disenangi.

Namun, terdapat bantahan kuat daripada tiga parti komponen terbabit kerana tidak mahu PBB terlalu dominan.

Jika sembilan orang Adun berkenaan yang memohon menyertainya diterima, PBB akan mempunyai 49 daripada 82 Adun.

Dalam satu kenyataan, SUPP berkata, kempen mendapat tandatangan membantah tindakan Ranum itu telah dilancarkan bulan lalu oleh SUPP, PRS dan SPDP.

Senarai tandatangan berkenaan yang telah diserahkan kepada presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian, kata SUPP membuktikan bahawa hasrat Adun Opar itu ditolak oleh rakyat di kawasan terbabit.

Katanya, Ranum berhak menyertai PBB, tetapi itu bukan bemaksud beliau boleh membawa Opar, kerusi milik SUPP, bersama-sama beliau. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru