WALES: Foto yang diambil oleh penyanyi rap kumpulan Britain, Goldie Lookin Chain bernama John Rutledge didakwa terakam objek berupa tujuh pari-pari terbang di ladang sekitar pedalaman Britain.

John mengatakan dia mengambil gambar tersebut pada musim panas semasa bersiar-siar melalui sebuah lapangan dekat Newbridge Wales.

John mengaku, dia tidak memfokuskan kepada mana-mana objek tertentu dan tidak mengetahui apapun tentang objek yang dirakam khususnya yang didakwa sebagai pari-pari ketika mengabadikan foto berkenaan.

Namun, ketika mengamati foto selepas itu, dia mendapati terdapat tujuh makhluk bersayap kecil terbang di antara bunga-bunga dan rumput.

John, 39, membesarkan gambar dan melihat objek lut sinar bersaiz sekitar 4 inci yang tampak memiliki sayap, lengan dan kaki.

Pemuzik dari Newport, Wales Selatan itu dengan kagum berkata, “Sungguh menakjubkan. Ketika kami memeriksa gambar, kami tidak mempercayai mata kami.

“Sejak kecil saya sudah ingin menyaksikan peristiwa paranormal. Hal terakhir yang saya harapkan ialah entiti bersayap dalam kayu di Wales Selatan.”

Dia menambah, ada beberapa hal di alam semesta yang mungkin dilupakan begitu sahaja tanpa jawapan.

Namun kali ini, John berpendapat dia baru sahaja mengungkapkan salah satu misteri terbesar di dunia.

Menurut John seperti dilaporkan Express pada Ahad, pasti terdapat pari-pari sebenar di taman tersebut.

Bagaimanapun, menurut AP sebilangan besar netizen meragui gambar berkenaan dan mengesyaki objek dalam foto tersebut hanyakah serangga biasa.

Serangga atau bahagian kepala bunga diterangi matahari juga dapat menciptakan kesan mistik dan misteri.

Sebelum ini, pada Mei lepas seorang wanita di Northampton, United Kingdom, mendakwa pari-pari yang biasa dilihat dalam drama TV dan kartun sebenarnya wujud di dunia ini.

Lisa Wildgoose, 42, jurugambar dan pemilik kedai fotografi, membuat dakwaan berkenaan selepas sekeping gambar yang diambilnya memperlihatkan sejenis haiwan yang menyerupai makhluk alam fantasi itu.

Gambar tersebut diambil Lisa ketika sesi fotografi bersama sebuah keluarga di taman purba, Bluebell Woods, yang menempatkan pelbagai spesies bunga-bungaan.

Perkara tersebut hanya disedari Lisa apabila gambar tersebut dimuat naik ke komputernya selepas pulang dari sesi fotografi berkenaan.

Lisa kemudian memanggil dua anak kembarnya, Mia and Madison, 5, untuk melihat gambar tersebut dan reaksi pertama mereka berkata, “Itu Tinkerbell!”

Tahun lalu, pensyarah dari Manchester Metropolitan University, John Hyatt, turut membuat dakwaan yang sama selepas berjaya merakam gambar makhluk yang disangka para-pari di Lembah Rossendale, Lanchaster. – Sarawakvoice.com