Wednesday, June 29, 2022

Lim Guang Eng kekal sebagai Ketua Menteri

Secara Rawak

GEORGETOWN:  Ketua Menteri Pulau Pinang tidak perlu meletak jawatan.

Itulah keputusan sebulat suara Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang,  semalam.

Keputusan itu tentu melegakan Lim Guan Eng ekoran prosiding mahkamah yang dihadapinya ketika ini.

Pada Khamis lepas, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengumumkan keputusan itu berkata, usul dikemukan beliau itu turut disokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof. Dr. P. Ramasamy.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepemimpinan  Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk memimpin Exco dan memimpin kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ramasamy yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, dua pertuduhan terhadap Guan Eng adalah bermotifkan politik semata-mata.

Katanya, sokongan  EXCO  merupakan sokongan sebulat suara dan ia selari dengan pendirian pemimpin parti Pakatan Harapan yang bersetuju Guan Eng terus kekal menjadi  Ketua Menteri.

“Kita rasa beliau tidak bersalah. Oleh yang demikian, tidak timbul isu letak jawatan atau ambil cuti – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru