GUANGXI: Seorang pemandu trak di China menggilai angka lapan, yang dipercayainya sebagai pembawa tuah.

Demi minatnya itu, si pemilik trak bernama Liu, sanggup menebus plat nombor kereta idaman yang mengandungi lima angka lapan berharga 1 juta yuan atau sekitar RM610,000.

Manakala, Liu hanya membeli trak tersebut dengan harga sekitar 30,000 Yuan.

Namun, minatnya itu tidak memberi tuah kepadanya pada hari pertama dia memasang trak dengan plat 88888 itu.

Pada hari pertama lagi Liu lapan kali ditahan polis gara-gara nombor plat tersebut.

Menurut Shanghaiist, ketika Liu menaiki trak dengan nombor 88888 tersebut, polis menahannya dengan memberi alasan yang sama bahawa mereka menyangka plat nombor sebagus itu pasti plat palsu.

nombor plat bertuah 88888_0000

Sebanyak lapan kali ditahan, sebanyak itu juga Liu harus menjelas dan menunjukkan dokumennya membuktikan bahawa plat tersebut asli dan dia mendapatkannya melalui prosedur sah.

Polis tida percaya, bahkan ada yang bersumpah sanggup memakan plat itu kalau ia dapat dibuktikan asli.

Mereka terkejut akhirnya setelah mengetahui bahawa plat tersebut benar-benar asli.

Liu dibenarkan lalu bersama trak berplat 88888 tersebut.

Namun, tidak berapa kemudian, dia ditahan lagi oleh polis yang lain dengan alasan yang sama.

Begitulah seterusnya sehingga lapan kali dia ditahan polis pada hari pertama memasang plat yang dikatakan membawa tuah itu.

Angka 8 dikategorikan sebagai angka bertuah dalam kepercayaan di China berbanding angka 4 yang dipercayai pembawa sial.

Oleh sebab itu juga, rata-rata plat nombor bertuah di China menderetkan angka 8 sebanyak lima kali, bukan empat kali. – Sarawakvoice.com