Wednesday, June 29, 2022

Ribuan sokong Guan Eng di Pulau Pinang  

Secara Rawak

GEORGETOWN: Lim Guan Eng tidak keseorangan ketika berdepan isu dakwaan rasuah yang dihadapinya.

Kalau Progam ‘Solidariti Bersama Guan Eng’ menjadi ukuran, setidak-tidaknya beliau dapat bernafas lega untuk sementara waktu sebelum kesnya disebut pada September nanti.

Semalam, sekitar 3,500  orang menyertai perarakan di Lebuh Pantai bagi menyatakan sokongan mereka terhadap setiausaha agung DAP itu.

Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, berkait pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

Peserta perhimpunan melaungkan slogan “Hidup Guang Eng” dan “Bebas Guang Eng” untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

gnDalam ucapan selepas acara tersebut, Guan Eng berkata: “Hari ini, kita berjalan secara aman untuk negara kita, bagi membolehkan anak-anak kita hidup dalam negara yang bersih.”

Beliau mengucapkan terima kasih mereka yang hadir  kerana bersedia berkorban dengan menghabiskan hari Ahad mereka bersama beliau.

“Saya ada atau tiada tidak penting, Pulau Pinang tetap milik rakyat,” tambahnya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berucap, dengan meminta agar menyebarkan mesej bagaimana Guan Eng menjadi mangsa politik.

Malah, kempen derma RM10 bagi menyokong beliau turut berjaya mencecah sasaran RM1 juta dalam masa kurang 24 jam.

“Teruskan perjuangan. Bukan hanya untuk Lim Guan Eng, tapi untuk masa depan anak-anak kita,” katanya. Guan Eng lagi.

“Terima kasih kerana berdiri bersama-sama saya demi keadilan. Malaysia boleh jadi milikan rakyat sekiranya rakyat bersatu.”

Kutipan derma solidariti Lim Guan Eng mencapai RM1 juta dalam tempoh 21 jam menunjukkan bahawa rakyat memberi sepenuh sokongan.

DAP dalam mesyuaratnya, memutuskan Guang Eng tidak perlu bercuti atau berundur daripada jawatannya sebagai Ketua Menteri, dan keputusan itu segera menerima kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN dan Pas. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru