Monday, November 28, 2022

Ratusan ribu anak perantau Sarawak kembali ke kampung halaman

Secara Rawak

KUCHING:  Balik kampung,  Balik kampung! Lirik lagu nyanyian Allayharham Sudirman Haji Arshad itu memang begitu nostalgik dan menusuk hati.

Sekali gus menggambarkan fenomena yang berlaku setiap kali menjelang perayaan Hari Aidilfitri.

Dengan sehari sahaja lagi Hari  Raya Aidifitri, ratusan ribu anak  Sarawak di perantauan, baik di luar negara, di Semenanjung atau di kota dan bandar utama di Sarawak mulai bertumpu di lapangan terbangan, stesen bas, feri, pangkalan bot dan sebagainya di seluruh negara dan di negeri Sarawak.

Ratusan ribu anak Sarawak termasuk dari pedalaman bekerja di Semenanjung serta bandar-bandar utama di negeri ini, dan sebahagian daripada mereka hanya kembali ke kampung sekali setahun, iaitu menjelang Hari Aidilfitiri.

Tujuannya hanya satu: memastikan dapat meraikan perayaan bermakna itu dengan kaum keluarga sesudah berpuasa hampir sebulan.

Kurang dua hari lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, warga kota mula kembali ke kampung halaman untuk meraikan sambutan lebaran bersama keluarga.

Tinjauan wakil Sarawakvoice di Kuching dan Sibu awal pagi ini, mendapati semua pangkalan dan lapangan terbang terbabit mulai sesak dengan anak perantau yang hendak kembali ke pangkuan keluarga di kampung halaman.

Bagi mereka, tidak ada yang lebih bermakna daripada meraikan hari kemenangan itu dengan orang yang disayangi.

Dengan sebahagiannya mengambil cuti panjang, dan bagi penjawat awam pula cuti sekurang-kurangnya lima hari, ini merupakan kesempatan terbaik untuk berjumpa ayah ibu, sanak saudara dan rakan taulan di kampung halaman.

balik kampung sarawakDi Terminal Bot Ekspres Kuching, Pending  orang ramai mula datang seawal jam 6.15 pagi untuk membeli tiket balik ke kampung halaman mereka.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tidak kurang sibuk dengan syarikat penerbangan seperti MAS,  AirAsia, Malindo dan sebagainya sentiasa penuh dengan penumpang yang tiba dan bertolak dari/ke pelbagai destinasi.

Malah, di Terminal Bas Kuching Sentral pula suasana kesibukan cukup terasa.

Wajah penumpang begitu ceria.

Di Sibu, pangkalan bot ekspres juga tidak kurang sibuk, dengan perantau dari pedalaman kembali ke kampung mereka. Yang bekerja di Song, Kanowit, dan Kapit kembali ke Sibu dan bandar-bandar lain, manakala dari bandar-bandar lain kembali ke pekan terbabit.

Dengan banyak yang membawa barang dan oleh-oleh untuk keluarga, raya ini amat bermakna bagi mereka.

Yang bukan Islam juga turut mengambil cuti panjang.

Kesesakan ini dijangka berulang pada hujung minggu ini dan awal minggu depan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru