Wednesday, June 29, 2022

Polis tangkap dua lelaki, dalam van ada parang, pengumpil, kapak, pisau, topi besbol, sarung tangan

Secara Rawak

KUCHING: Polis menangkap dua lelaki dengan gerak-geri mencurigakan ketika mereka memasuki van dan cuba beredar tergesa-gesa dari lokasi parkir.

Tangkapan di kawasan Batu 7, Kotak Sentosa itu dibuat ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak dan Daerah Padawan melakukan rondaan pencegahan jenayah dalam Ops Lejang dan Ops Pintua sekitar 11 malam, Sabtu lepas.

polis roadblock_0000Pemeriksaan polis mendapati van tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Sungai Maong, Mei lalu.

Di dalam van berkenaan, polis turut menjumpai empat bilah parang, dua batang besi pengumpil, sebilah kapak, sebilah pisau, dua topi besbol dan sarung tangan.

Ketua JSJ Sarawak SAC Dev Kumar berkata, suspek berumur 29 dan 42 tahun.

Suspek pernah ditahan beberapa kali sebelum ini atas kesalahan dadah, merompak, pecah rumah dan curi.

Suspek muda pernah disabitkan kesalahan curi dan pecah rumah 2010 dan pernah dipenjara tiga tahun.

Polis percaya suspek merupakan ahli kumpulan yang aktif merompak, pecah rumah, curi kereta di Kuching, Padawan serta Kota Samarahan ketika ini.

“Kedua-dua suspek akan disoal berkaitan penglibatan mereka dalam kes lain.

“Kita berharap dapat menyelesaikan beberapa kes dengan tangkapan ini,” kata Dev.

Pasukan Ops Lejang/Pintu ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor sebagai usaha mengurangkan kes jenayah.

Dev mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan menangkap kedua-dua suspek penjenayah ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru