JAKARTA:  Arya Permana mungkin kanak-kanak paling obes melampau dan besar di dunia walaupun lahir dengan berat normal pada 3.18 kg.

Pada usia 10 tahun, berat badan Arya sudah mencecah 192 kg, dan berat badannya itu mengancam nyawanya sendiri.  Walhal, berat purata kanak-kanak berusia 10 tahun hanya 30 kg.

Ketika ini, manusia paling berat ialah Khalid Bin Mohsen, asal Saudi Arabia, yang dilahirkan pada 1991, dengan berat badan 610 kg.

Untuk rekod, manusia paling berat pernah dicatat dalam sejarah ialah Jon Brower Minnoch  dari Amerika Syarikat (1941–83) dengan berat badan 635 kg, pada ketinggian 6 kaki 1 inci.

Selepas menjalani rawatan, dan ketika meninggal dunia pada 10 September 1983, berat badannya ialah 362 kg.

Daripada 25 orang paling berat setakat ini, 19 ialah rakyat Amerika Syarikat.

Dengan keadaan Aria yang mudah lelah, ada yang mengatakan dia ada masalah pada jantungnya. Bisa jadi sudah pada tahap gagal jantung. Selain masalah jantung, obesiti berisiko menimbulkan penyakit lain seperti diabetes melitus, hipertensi, batu hempedu, dan hiperkolesterolemia.

https://www.youtube.com/watch?v=xWLyN2Bue8M

Mengapa tubuh Arya pantas membesar hingga enam kali lipat berat normal kanak-kanak seusianya?

Tinggal di Cipurwasari, Jawa Barat, kanak-kanak ini mulai membesar pada usia 8 tahun, dan berat badannya naik drastik pada usia 9 tahun.

Nama  Aria mendadak menjadi perhatian 245 juta rakyat Indonesia. Malah, kanak-kanak dari Karawang Jawa Barat itu menghiasi berita media online paling top di dunia, seperti Daily Mail, Mirror, Telegraph dan lain-lain.

Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya, Arya tidak dapat banyak bergerak, malah terpaksa berhenti sekolah kerana sukar berjalan.

Kini, dia terpaksa menjalani diet ketat bagi mengelak berat badannya terus mencanak.

Hanya makan dan tidur sepanjang hari, memburukkan lagi keadaannya.

Ibunya, Rokayah Somantri  anaknya itu mudah sesak nafas dan letih.

Arya mengisi masa lapangnya dengan bermain telefon genggam, dan ada ketikanya mandi di dalam tab.

Keinginannya untuk makan begitu tinggi, lima kali sekali, dengan menu kegemaran, antaranya daging, ikan, sayur, sup, tempe dan nasi.

Jumlah makananya dua kali ganda orang dewasa setiap kali makan.

Bimbang dengan keadaan  Arya, ibu bapanya pun membawanya berjumpa doktor.

Berdasarkan hasil pemeriksaan oleh doktor kanak-kanak, keadaan Aria malah disebut baik-baik saja. Salah seorang doktor pernah menyatakan, obesiti yang dialami Arya adalah disebabkan adanya faktor keturunan.

Menurut sang ayah, Ade Somantri, bobot lahir Arya Permana normal sekitar 4 kilogram.

“Makanan yang dikonsumsi Aria sejak lahir juga normal,” ujar Ade  seperti dilapor Radar Karawang (grup pojoksatu.id).

Satu hal yang diingat Ade, saat bayi, Aria pernah sulit buang air besar. Lalu, Aria dibawa ke doktor. Doktor pun memberikan ubat dan vitamin kerana Aria susah makan. – Sarawakvoice.com