Wednesday, June 29, 2022

Keselamatan Sabah, Sarawak terjamin Aidilfitri ini – Panglima Pemerintahan Medan Timur

Secara Rawak

BAU: Rakyat yang menghuni di sekitar kawasan Sabah dan Sarawak tidak perlu berasa gusar pada Hari Raya Aidilfitri ini kerana keadaan keselamatan di negeri ini terkawal daripada sebarang ancaman.

Penglima Medan Pemerintahan Timur Tentera Darat, Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata, ketumbukan tentera Malaysia yang mengawasi kawasan sempadan negara ini, baik di sepanjang Malaysia-Indonesia mahupun Malaysia-Filipina adalah mengcukupi.

“Kita bertugas sepanjang masa. Malah untuk kawasan yang bersempadanan dengan Filipina, kita telah meningkatkan kekuatan aset dan ketumbukan di kawasan-kawasan strategik.

“Ini membolehkan kita melakukan pengawasan secara lebih berkesan,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anggota tentera yang bertugas di Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Serikin.

Kem tersebut kini dikawal selia oleh pasukan Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja. Mereka baharu mengambil alih penugasan tersebut semalam daripada Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja.

“Kita juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tentera Nasional Indonesia (TNI) – Angkatan Darat (AD) kerana jalinan kerjasama yang terjalin erat dalam menjaga sempadan kedua-dua negara yang panjang,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Zaki turut melahirkan kegembiraannya dengan kejayaan Briged Infantri Ketiga mengadakan hubungan dan jaringan yang baik dengan pelbagai agensi kerajaan serta masyarakat perbatasan.

“Ini amat perlu dalam konteks mengukuhkan keselamatan, kerana masyarakat sempadan boleh memberi maklumat awal berhubung kewujudan pelbagai anasir, serta jenayah,” tambahnya lagi.

Katanya, bagi anggota yang bertugas menjaga keselamatan negara pada waktu Aidilfitri ini, ia adalah sebahagian daripada jihad yang besar, kerana membebaskan negara ini daripada ancaman, serta membolehkan umat Islam di negeri meraikan Aidilfitri dengan aman dan damai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru