Friday, July 1, 2022

Dilarang tonton TV, adik bunuh abang dengan pisau di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Semasa mabuk di bawah pengaruh alkohol jenis “langkau” si abang bernama Jeffery Ah Kiang, 32 melarang adiknya menonton televisyen.

Larangan tersebut menjadi punca dua beradik hilang pertimbangan lalu bergaduh.

Pergaduhan sekitar 7.30 malam itu menyebabkan alat kawalan jauh terjatuh lalu pecah.

Hal ini memaksa suspek berusia 25 tahun mengambil pisau dari dapur lalu nekad menikam abangnya di bahagian dada.

Mangsa yang cedera dan berlumuran darah rebah di rumahnya di Kampung Kuap, Batu 10, Jalan Penrissen.

Mangsa yang mahu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata,
“Polis menemui senjata jenis pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan suspek di kawasan semak.”

Sebaik sahaja menerima maklumat tragedi ini, polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memberkas suspek.

Tragedi disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sarawakvoice.com

mnn mn

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru