Aaron Chervenak dari Los Angeles, Amerika Syarikat setelah merasakan sangat obses dengan iPhonenya, dia sanggup mengahwini telefon pintar tersebut di sebuah gereja di Las Vegas.

Hari yang Chervenak sebagai hari bahagia itu didokumentasikan oleh pihak Kaspersky Lab dan dimuat naik ke YouTube.

Chervenak melalui video tersebut menceritakan tentang peranan penting telefon pintar dalam kehidupannya.

”Kalau kita jujur dengan diri sendiri, kita berhubung dengan telefon genggam kita pada banyak tahap emosi,” katanya.

”Saya melihat telefon ni untuk hiburan, untuk menenangkan ketika jatuh, untuk meringankan fikiran kita.

“Bagi saya, itulah hubungan dalam erti kata sebenar, telefon pintar saya telah menjalin hubungan terpanjang dengan saya. Itulah sebab mengapa saya memutuskan untuk melihat bagaimana rasanya untuk benar-benar menikahi telefon,” kata Chervenak pada Jumaat lepas.

Chervenak berpenampilan sebagaimana pengantin lelaki yang mengenakan tuksedo.

Dia menuju Little Las Vegas Chapel, gereja kecil dengan warna merah jambu tempat telefon pintarnya sedang menunggu.

Upacara diakhiri dengan aksi Chervenak meletakkan cincin pada telefon pintar, lantas dia mengumumkan menjadi suami bagi telefon pintarnya itu.

Meskipun pernikahan tersebut berlaku, namun dia Chervenak tidak terikat secara undang-undang kerana mustahil undang-undang dapat mengesahkan perkahwinan manusia dengan benda.

Bagaimanapun, menurut pengarah sebuah syarikat di Los Angeles itu, pernikahan dengan iPhone itu merupakan simbolik bagi menunjukkan betapa berharganya tekefon pintar itu buat dirinya.

Manakala, di Utah, Amerika Syarikat, seorang lelaki cuba mendakwa kerajaan Utah buat kali kedua hanya kerana tidak mengizinkannya menikahi laptop.

Chris Sevier sebelum ini pernah menuntut kerajaan Utah pada awal 2016, sebelum dia memutuskan untuk menarik balik tuntutannya.

Namun, kini dia kembali menuntut kerajaan Utah dengan tuntutan yang sama iaitu dia mahu kerajaan mengizinkan dia menikahi laptopnya.

Sevier mengatakan tuntutan tersebut serupa dengan hak yang diberikan kepada pasangan sesama jenis untuk berkahwin.

“Saya menghadapi keadaan diri saya lebih memilih melakukan hubungan seks dengan benda mati. Sekarang saya ingin menikahi benda mati tersebut yang (pada anggapan Sevier) sebagai berjantina neutral,” ujar Sevier.

Bagaimanapun, menurut Mirror, pada Sabtu lepas, peguam wilayah Utah, Jeff Buhman mengatakan peguam akan segera bertindak agar kes ini ditutup seceoatnya (dengan menolak tuntutan Seiver).

Namun, Sevier berkata dia akan tetap memperjuangkan kes ini hingga ke Mahkamah Agung. – Sarawakvoice.com