Wednesday, June 29, 2022

Benarkah 30,000 pengawal keselamatan haram sedang kerja jaga keselamatan?

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Jumaat lalu kenyataan Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali yang mendakwa sekitar 30,000 pengawal keselamatan haram bekerja secara bebas di negara ini, mengundang kegusaran awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata KDN memandang serius dakwaan berkaitan penggunaan khidmat pengawal keselamatan warga asing haram ini.

Screen Shot 2016-07-02 at 06.35.06KDN menurut beliau sedia mengambil tindakan tegas secara berterusan bagi mengatasi isu ini mengikut Akta Agensi Persendirian 1971, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pendaftaran Negara 1959.

Menurut Alwi, KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Malaysia atau Nepal yang bekerja dengan syarikat berdaftar bawah KDN diambil menjadi pengawal keselamatan di negara ini,

Bermula 1 November 2013, KDN mengadakan operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force.

Operasi ini dilaksanakan setiap minggu di sekolah, taman perumahan, kondominium, premis niaga, pusat beli-belah dan bank.

Alwi dalam kenyataan menjelaskan, sejak 2013 hingga Jun 2016, KDN mengambil tindakan membatalkan lesen 48 syarikat kawalan keselamatan.

Manakala, 60 syarikat dikenakan tindakan amaran terakhir atas pelbagai kesalahan termasuk menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.

Statistik tangkapan operasi bersepadu di seluruh negara sejak November 2013 hingga kini, seramai 1,208 pengawal keselamatan warga asing haram ditangkap dan didakwa seterusnya diusir keluar.

Alwi menjelaskan setiap tahun KDN melaksanakan audit pengurusan ke atas syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

KDN turut memberi penjelasan perihal pentingnya menggunakan pengawal keselamatan yang telah lulus tapisan keselamatan daripada syarikat kawalan keselamatan berlesen sahaja.

Alwi berkata kebanjiran pengawal keselamatan warga asing secara haram didorong sikap syarikat yang mahu mendapat keuntungan lebih.

“Melalui cara ini mereka tidak perlu membayar levi, cukai perkhidmatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tidak perlu menjaga kebajikan pekerja sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan,” kata beliau.

KDN  memohon semua pihak melaporkan terus kewujudan pengawal keselamatan warganegara asing haram kepada KDN atau agensi di bawahnya.

Sekiranya sesiapa mengetahui warga asing haram yang bekerja sebagai  pengawal keselamatan sila hubungi Unit Agensi Persendirian KDN di nombor talian ‪03-88868034‬ atau hantar e-mel kepada unitagensi@moha.gov.my.

Alwi menyeru masyarakat terutama persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan berlesen dibenar memberi khidmat kawalan keselamatan.

KDN dari semasa ke semasa melipat ganda operasi penguatkuasaan dan usaha mengurangkan penggunaan pengawal warga asing haram. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru