Monday, November 28, 2022

Tidak perlu tergesa-gesa dan gila kuasa, kata Masing

Secara Rawak

KUCHING:  Wakil rakyat Parti Rakyat Sarawak (PRS) dinasihati supaya menjalankan tugas dengan komitmen dan kesungguhan padu, serta kesabaran jitu.

Sambil menyatakan bahawa beliau dapat bertahan selama lapan penggal, Presiden PRS berkata, rahsianya ialah kesungguhan untuk membela nasib rakyat.

Bagi Tan Sri Dr  James Jemut Masing, sejarah membuktikan bahawa mereka yang mementingkan kuasa tidak akan dapat bertahan.

“Diingatkan ahli politik yang mengutamakan kuasa tak akan dapat bertahan, dan sejarah membuktikan hakikat it,” katanya.

Dalam hubungan ini, Masing yang juga  seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri berkata, amat penting bagi wakil rakyat terbabit berhati-hati dengan permainan politik khasnya berkaitan dengan kuasa.

Hanya bekerja dengan gigih, peluang akan sentiasa ada bagi anda. Sebaliknya, akan ada yang berusaha membawa anda turun jika anda dilihat gila kuasa,” katanya memberi peringatan.

Beliau berkata demikian pada sambutan ulang tahun ke-10 Konsortium Bum Group of Companies di sini, malam kelmarin.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh itu berkata mereka perlu melakukan perancangan dalam kerjaya dan perjalanan politik mereka bagi membolehkan mereka bertahan lama.

Katanya, mereka tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan, sebaliknya keputusan perlu mengambil kira kepentingan dan keutamaan rakyat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru