Thursday, December 8, 2022

Setuju korek Sungai Sarawak lebih dalam, semakin banyak kapal besar dapat masuk

Secara Rawak

KUCHING: Dengan menggorek dasar sungai lebih dalam melalui projek pembinaan Laluan Super Sungai Sarawak, ia mampu memberi rangsangan besar kepada industri pelancongan tempatan.

“Akhirnya, kita akan dapat melihat kapal pelayaran dengan kapasiti penumpang lebih besar (masuk) ke pelabuhan Kuching,” kata Presiden Persatuan Usahawan Sarawak (SEA) Simon Wong ketika mengadakan perbincangan dengan Pengurusan Pelabuhan Kuching pada Sabtu.

SEA mengalu-alukan cadangan projek pengorekan Sungai Sarawak usaha sama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tersebut sambil Simon berpendapat, “kapal pelayaran yang lebih besar akan membawa kira-kira 1,000 hingga 1,500 penumpang.

“Dan beberapa Mega Cruise Antarabangsa akan membawa lebih daripada 5,000 pelancong setiap perjalanan,” tambah Simon.

Setakat ini kapal pelayaran yang datang ke Kuching tidak lebih daripada enam kali setahun.

Katanya, jumlah itu membabitkan kapal yang datang dengan membawa kira-kira 100 hingga 300 pelancong sahaja.

Simon menyifatkan ketika ini, Kuching hilang dalam destinasi pelayaran kerana kapal-kapal besar tidak boleh masuk disebabkan faktor saiz sungai yang cetek.

Justeru, melalui pembinaan Laluan Super Sungai Sarawak ini nanti, ia dengan mudah dapat menerima kemasukan kapal yang menggunakan kemudahan laluan dari Singapura, Kuala Lumpur ke Kuching kemudian ke Kota Kinabalu.

“Seperti sekarang, sambungan laut (Kuching) kepada dunia luar agak terhad… pelancong dari luar negara hanya akan singgah di Singapura dan Kota Kinabalu,” ujar Simon.

Justeru, beliau menyifatkan hal ini memberi kerugian besar kepada pemain industri pelancongan tempatan serta pembangunan ekonomi negeri ini

Projek ini mungkin memakan kos tambahan daripada modal serta penyelenggaraan pengorekan, namun ia mampu memberi manfaat kepada sektor pelancongan seterusnya dapat menyuburkan ekonomi tempatan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru