Tuesday, December 6, 2022

Najib: Jangan biarkan pengganas berleluasa dan timbulkan ketakutan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata,  pengganas tidak boleh dibiarkan berleluasa hingga berjaya mewujudkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dunia, justeru beliau mengajak masyarakat dunia agar bersatu menentang keganasan yang menjadi musuh nombor satu.

Kata Datuk Seri Najib Razak, masyarakat dunia perlu menyedari keganasan tidak mempunyai agama atau kaum.

13528789_10153605422535952_4400647273100449590_n“Pengganas bukan Islam, dan mereka tidak mempunyai tempat dalam dunia Islam,” katanya menerusi entri di akaun rasmi Facebook miliknya, hari ini.

Dalam reaksi terhadap serangan bersenjata terhadap sebuah restoran di Dhaka, Bangladesh, malam tadi, Najib berkata: “Kerajaan di seluruh dunia perlu meneliti setiap maklumat diperoleh dan dikongsi bersama semua agensi perisikan kerana keganasan tidak mengenal sempadan dan had, sebaliknya hanya mahu membawa kehancuran dan kemusnahan terhadap masyarakat serta meragut nyawa mereka yang tidak berdosa.”

Dalam serangan terhadap sebuah restoran di kawasan mewah ibu kota Bangladesh itu, penyerang menawan kira-kira 20 pengunjung sebagai tebusan serta berbalas tembakan dengan polis.

Tiga belas orang telah berjaya diselamatkan apabila polis menyerbu masuk restoran berkenaan.

Kata Najib, pihak tertentu mungkin mendakwa bertanggungjawab terhadap perbuatan keji ini dengan menggunakan nama Islam, namun  bagi umat Islam yang sejati, ia tidak lebih sekadar cubaan mempersendakan Islam, terutama pada Ramadan mulia ini.

“Sebagai umat Islam sejati, kita mesti menyangkal dan menolak tanpa syarat mereka yang mempersendakan Islam,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru