Saturday, May 21, 2022

Manyin mahu atlet SUKMA Sarawak berlagak juara, letak poster di kamar tidur, bilik mandi, ruang tamu dan luar rumah

Secara Rawak

KUCHING: “Berlagaklah seperti juara! Kalau boleh buat satu poster, yang menggambarkan anda seorang juara. Letakkan di bilik mandi. Di kamar tidur. Di ruang tamu. Malah di luar rumah. Di mana-mana anda membuka mata, anda adalah juara SUKMA,” gesa Menteri Belia, Sukan dan Solidariti, Datuk Seri Michael Manyin Jaong, pagi semalam ketika sesi bertemu dengan atlet-atlet yang akan mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA VXIII).

Sarawak akan menghantar kontijen terbesar dengan 564 atlet yang akan menyertai semua acara yang dipertandingkan.

_MG_7155Berlangsung di pusat beli-belah terkemuka di bandar raya ini, Manyin mengingatkan tentang pentingnya semangat “agik hidup agik ngelaban” disemat dalam misi memburu emas pada kali ini.

“Kalau boleh kita mahu pingat emas dalam apa jua acara dan jenis sukan. Dan kita mahu lebih daripada 72 butir emas diperoleh kerana kita mahu jadi juara.

“Kita tidak mahu gangsa. Kita tidak mahu perak. Kita mahu emas!” tegasnya yang mendapat sorakan bergemuruh daripada para atlet dan penyokong yang membanjiri majlis tersebut.

Gesanya, semua atlet yang mengibarkan bendera Sarawak pada kali ini adalah manusia luar biasa dan yang terpilih.

“Jadi untuk kejohanan ini, sila buktikan anda memangnya luar biasa dan bantu kami untuk mengulangi sejarah kegemilangan pada 1990,” katanya lagi.

Sarawak menang juara keseluruhan SUKMA pada 1990 apabila mengondol 44 emas, 17 perak dan 18 gangsa.

Pada 1992, negeri itu sekali lagi memperoleh kejuaraan kedua dengan menuai 36 emas, 27 perak dan 26 gangsa manakala kejuaraan “hatrick” dicatatkan pada 1994 apabila memenangi 39 emas, 28 perak dan 30 gangsa.

Pada kejohanan di Perlis pada 2014, Sarawak menduduki tempat ketiga dengan hanya memungut 47 emas, 31 perak dan 35 gangsa.

Cabar Manyin lagi, kejohanan ini merupakan gelanggang terbaik untuk para atlet Sarawak memahat dan mencipta nama serta legasi, kerana ia diadakan di bumi Sarawak sendiri, dan pastinya akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong tempatan.

“Berfikirlah dengan positif dan bermula dengan sekarang, berwataklah sebagai seorang juara!” katanya lagi.

Pada SUKMA 1990, antara nama besar yang dilahirkan Sarawak termasuklah Tania Bugo (renang) dan Linda Chin (olahraga). – Sarawakvoice.com

_MG_7219

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru