Monday, December 5, 2022

Isu calon langsung BN perlu diselesaikan sebelum PRU-14

Secara Rawak

KUCHING: Isu berkaitan calon langsung Barisan Nasional (BN) tidak harus lagi timbul menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

13590394_291867951148084_1740579891820393017_nPresiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, isu berkenaan perlu diselesaikan segera sebelum ia menjadi bertambah rumit memandangkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi di seluruh negara adalah lebih banyak.

Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 503 kerusi Dewan Undangan Negeri, tidak termasuk kerusi DUN Sarawak ditandingi pada 2013.

Sarawak baru mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu dan merupakan satu-satunya negeri mengadakan pilihan raya berasingan.

“Kita harap isu calon langsung dapat diselesaikan tidak lama lagi. Kita perlu merancang untuk PRU Ke-14,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawah.

Jika terdapat terlalu ramai calon langsung, Sim berkata, bagaimanakah kepemimpinan BN akan menyelesaikan isu berkenaan?

Pasti ia sesuatu yang merumitkan.

“Kalau kita mempunyai ramai calon BN, saya tak tahu bagaimana beliau akan menangani perkara ini. Kita serahkan kepada kebijaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu acara kerja di sini, semalam.

Berkaitan isu sembilan calon langsung BN yang menang dalam pilihan raya lalu,  Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan itu berkata,  harus ada kesegeraan untuk menyelesaikan isu berkenaan kerana pilihan raya sudah berlalu, dan kerajaan telah dibentuk.

Sembilan orang calon langsung termasuk dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sendiri, Teras dan  Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah diminta untuk kembali kepada akar umbi bagi mendapatkan maklum balas, sebelum parti tulang belakang BN itu membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima atau menolak permohonan mereka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru