JOHOR BAHARU:  Dendam dan cemburu.

Itulah punca di sebalik pembunuhan seorang jurutera berasal dari Pulau Pinang yang bekerja di Singapura dilarikan, dibunuh dan dikebumikan di sebuah lubang di sini.

Lelaki itu dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai kekasih sehingga berakhir dengan kematian tragik.

Dek rasa cemburu yang melampau, jurutera sebuah syarikat minyak dan gas yang bekerja di Singapura itu diculik dan kemudiannya dibunuh oleh pasangan terbabit.

Mayat mangsa, Tan Chuen Take, 31, yang dilaporkan hilang pada 26 Jun ditanam di kawasan belukar di KM 29.9  Lebuh raya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura,di sini petang kelmarin.

13516446_10210288490637447_5622748973560925844_n

Mayat mangsa ditemukan susulan penahanan sepasang kekasih berusia 22 dan 32 tahun di Kulai pada pukul 3 pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor, Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata,  siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah perasaan dendam dan cemburu.

Pasangan dikatakan tidak meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Pada pukul 6 petang seorang daripada tersangka telah membawa polis ke lokasi mangsa ditanam, selepas dilarikan dan dibunuh.

“Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis ke lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan,” katanya.

“Dengan penemuan mayat dan penahanan kedua-dua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini,” tambahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Wan Ahmad Najmuddin  berkata, kedua-dua pasangan itu direman  di bawah Seksyen 117 Kanun keseksaan. Kes tersebut disiasat mengikut  mengikut Seksyen v363 kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 302 Kanun yang sama kerana membunuh. – Sarawakvoice.com