WISCONSIN: Sepasang suami isteri membuat panggilan telefon kecemasan 911 mengaku ditawan oleh kucing peliharaannya sendiri.

Pasangan dari Wisconsin, AS itu berkata, “Ini mungkin terdengar aneh. Kami memiliki seekor kucing dan ia tiba-tiba menjadi gila kemudian menyerang suamiku.

“Kami seperti menjadi tawanan di rumah sendiri,” kata wanita yang tidak diketahui namanya menurut akhbar Independent.

“Kami tertanya-tanya siapa yang harus kami hubungi untuk mendapatkan bantuan, untuk menyingkirkan kucing itu,” sambungnya.

CBS melaporkan kucing bermasalah itu sudah disingkirkan dan diserahkan ke Pusat Kawalan Haiwan Milwaukee (Madacc).

Tiada laporan kecederaan serius dilaporkan walaupun si suami diserang oleh kucing yang berang itu.

Panggilan serupa pernah berlaku pada 2014 di Oregon. Sebuah keluarga meminta bantuan melalui 911 apabila kucing peliharaan mereka menyerang bayi berusia tujuh bulan.

Lelaki yang menelefon 911 itu menyatakan keluarganya tidak selesa berada berhampiran kucing tersebut kerana ia tiba-tiba amat garang.

Lelaki tersebut berkata, kucing itu mengepung mereka di bilik tidur.

Bagi berusia 7 bulan itu hanya mendapat cakar luka yang kecil.

Dalam peritiswa lain, di Connecticut, lelaki menelefon polis selepas diserang oleh kucing peliharaannya.

Kucing tersebut menggigit kakinya dan terus mengusir dia dan isterinya keluar dari rumah mereka.

images (1)Pada 2014, Lux kucing gemuk mempunyai fiil buruk, menyerang bayi dan memaksa keluarga Portland bersembunyi di bilik tidur sebelum mereka menelefon 911.

Lelaki yang menelefon 911 mengatakan kepada operator bahawa kucing itu mengejar setiap kali mereka mahu membuka pintu rumah.

Ini menyebabkan Lee Palmer dan pasangannya Teresa Barker serta bayi bernama Jesse dan anjing mereka berlindung di bilik tidur.

“Dia cuba menyerang kami,” katanya. “Dia bersikap bermusuhan.

Sementara di Roseville, tiga anggota keluarga dibawa ke hospital selepas diserang kucing peliharaan berusia setahun lima bulan bernama Khat.

Khat mencakar wajah adik pemiliknya, serta lengan dan kaki ibu pemiliknya. Kucing ini juga menyebabkan luka yang dalam pada kaki saudara pemiliknya yang berusia 10 tahun.

Keluarga tersebut menelefon polis yang kemudian menyambung panggilan ke pihak bomba Roseville.

Dalam kejadian lain, seorang ibu dan anak perempuannya yang ketakutan mengunci diri di bilik tidur selepas kucing peliharaan mereka berusia 14 tahun, bernama Cuppy, hilang kawalan.

Kucing itu dilaporkan merobek baju tidur anak perempuannya.

Si ibu yang ketakutan mengunci diri di dalam bilik agar terhindar dari si ‘kucing gila’ lalu menelefon 911.

Cuppy gelisah dan bertindak tidak keruan kerana ada kucing liar di luar.

Bagi yang memiliki kucing dan sekiranya berhadapan dengan kucing yang tiba-tiba menjadi agresif, ketahui beberapa kaedah menanganinya.

Antara kaedahnya, fahami punca kucing tersebut menjadi agresif lebih-lebih lagi jika ia cedera.

Sering kali anda perlu mendekati kucing agresif untuk membantunya.

Hal ini lebih ke arah mengelaknya daripada mencederakan anda semasa cuba membantunya, bukan tentang bagaimana menghentikan kucing agresif tersebut.

Cara lain, gunakan selimut sebagai penghalang di antara anda dan kucing tersebut.

Cara terbaikmelindungi kucing yang cedera adalah dengan menutupnya dengan selimut atau guni. Penting untuk menghindari kucing daripada menyerang kaki anda.

Kaedah lain ialah bercakap secara tenang dengan kucing. Ketika memegang guni, berjalan dengan perlahan ke arahnya.

Jangan bercakap dengan nada tinggi. Pastikan anda tidak membuat suara yang keras atau pergerakan secara mengejut.

Ketika mendekati kucing yang sedang agresif, pastikan anda memastikan ada ruang untuk kucing tersebut lari jika ia benar-benar takut.

Jika tiada ruang bagi kucing tersebut lari untuk “menyelamatkan” dirinya, anda mungkin menjadi sasarannya tatkala ia terkejut! – Sarawakvoice.com