Saturday, December 3, 2022

Sultan Johor menang bida F1 dengan RM836,660

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan‎ Iskandar memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai RM836,660 ketika Jabatan Pengangkutan Jalan menjangka pada awalnya bahawa nombor itu dapat dijual sehingga melebihi RM1 juta.

Sultan Johor pernah berjaya membida nombor kenderaan W1N bernilai RM748,000 pada 2014 dan WWW1 dengan bidaan RM520,000 pada 2012.

Nombor plat F2 pula dibida sebanyak RM514,800 oleh Goh Fong Yee, manakala F9 oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd dengan nilai RM404,800.

Keputusan bidaan nombor pendaftaran siri F berkenaan ditampal di Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Sebelum itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan menyatakan menerima sebanyak 11,683 tempahan bagi nombor pendaftaran siri F.

Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 14 Jun.

Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.

“JPJ menganggarkan kutipan hasil bagi tempahan nombor pendaftaran siri F mencecah RM17 juta. Kutipan ini adalah antara yang tertinggi seperti siri WWW dan BMW,” kata JPJ dalam satu kenyataan. – Sarawakvoice.com

13590292_1400287723331063_7129070454058787034_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru