DHAKA:  Pihak polis berjaya menyelamatkan 13 daripada 20 tebusan atau sandera, termasuk tiga warga asing di sebuah restoran terletak di kawasan mewah di sini Sabtu, selepas serangan  yang didakwa dilakukan oleh IS dan Levant.

Penyerang bersenjata melakukan serangan di kawasan diplomatik Dhaka lewat Jumaat, dan telah menahan 20 sandera, termasuk warga asing dari China dan Jepun, sebelum polis menyerbu masuk untuk menyelamatkan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=gjRSAtgrtHA

Sekurang-kurangnya enam anggota pengganas terbunuh dalam operasi itu.

Usaha menyelamatkan sandera dilakukan pada 7.40 pagi, sekitar 10 jam selepas mereka ditahan.

Serbuan ke dalam restoran dilakukan setelah pengganas enggan berunding.

Media yang memetik saksi dan sumber kerajaan berkata,  lapan hingga sembilan orang bersenjata menyerang restoran Holey Artisan  di daerah Gulshan, yang terkenal dalam kalangan warga asing.

Penyerang dipercayai membawa pedang dan bom serta bahan letupan.

IS mendakwa melakukan serangan itu, dan berkata 24 orang telah terkorban, tetapi dinafikan oleh kerajaan.

Sumber berkata dua anggota polis telah terkorban. – Sarawakvoice.com