Wednesday, June 29, 2022

Penumpang jangan bimbang, tahap keselamatan di KLIA, klia2 ditingkatkan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Di sebalik kejadian serangan di Istanbul, Turki beberapa hari lalu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan proaktif dengan meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke tahap tinggi sejak Mac.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, orang ramai dan penumpang tidak seharusnya bimbang susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Atartuk di Istanbul kerana pihak berkuasa Malaysia menguasai sepenuhnya keselamatan di KLIA dan klia2.

“Tidak perlu bimbang. Jangan panik terhadap situasi. Di Malaysia, kami menguasai sepenuhnya keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan walkalator iWalk di klia2 semalam.

13516604_1395637600463504_9081516045275274050_n

Tahap keselamatan di kedua-dua lapangan terbang itu telah ditingkatkan ke amber berikutan insiden pengeboman di lapangan terbang Brussels, Belgium tiga bulan lalu, kata beliau.

“Kita akan teruskan    tahap amaran sekarang  bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal,” katanya.

Liow bagaimanapun meminta orang ramai memaklumkan kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) jika mereka menemui bagasi atau barang-barang yang mencurigakan.

“Namun, kita minta kerjasama orang ramai  untuk menyalurkan maklumat kepada pihak keselamatan. awam amat diperlukan. Contohnya, jika ada mana-mana bagasi yang mencurigakan, sila maklumkan kepada kakitangan MAHB supaya kita boleh cepat bertindak,” katanya.

IWalk adalah inisiatif untuk memendekkan masa berjalan kaki untuk penumpang yang berlepas dan tiba sehingga sejauh 1,93 km di klia2, dan menjimatkan masa sehingga 30 peratus  peratus berbanding sebelum pemasangan walkalator baru itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru