Sunday, August 14, 2022

Utamakan keselamatan  ketika menaiki pengangkutan sungai ketika menyambut Aidilfitri

Secara Rawak

SIBU:  Menjelang umat Islam dan orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri, kerajaan negeri Sarawak berharap tidak berlaku sebarang kemalangan membabitkan bot yang boleh mengorbankan nyawa.

13322153_10208063798626698_2593247756559586514_n“Saya ingin kita letakkan matlamat yang harus kita capai iaitu kemalangan sifar,” kata Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan.

Liwang Lagan berharap orang ramai dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mengambil iktibar daripada  tragedi bot ekspres di Tatau pada  2010 dan di Belaga pada 2013.

Liwan berkata demikian ketika berucap melancarkan Operasi Penguatkuasaan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016 di Dataran Bandar Sibu, petang semalam.

Menurut beliau, kemalangan sungai sering menarik minat orang ramai kerana jarang-jarang berlaku berbanding kemalangan jalan raya,

“Dengan ini, saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada LSS kerana telah menjalankan tugas yang amat baik pada perayaan Gawai Dayak lalu di mana kita telah mencapai peratusan kemalangan sifar,” ujarnya.

Meskipun pengangkutan jalan telah semakin baik di Sarawak, namun masih ramai penduduk menggunakan sungai.

Penggunaannya semakin meningkat menjelang setiap perayaan sehingga menyaksikan pangkalan ekspres di beberapa bandar utama penuh dengan penumpang dan orang ramai.

Menyedari kepentingan pengangkutan sungai, Liwan berkata, kerajaan negeri memberi perhatian kepada aspek keselamatannya.

Penubuhan LSS pada tahun 1993 dan Kementerian Pengangkutan Sungai dan Keselamatan membuktikan hakikat tersebut, katanya.

Justeru, beliau menasihati anggota penguat kuasa LSS agar menjalankan tugas dan tanggungjawab    dengan komitmen tinggi bagi  memastikan pengangkutan sungai di negeri ini sentiasa terjamin keselamatannya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru