Thursday, October 6, 2022

Tiada lagi sekatan masuk untuk ahli politik, kecuali individu pelampau – SUK Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri mengotakan janjinya pada pilihan raya lalu dengan tidak melaksanakan arahan pengharaman masuk kepada para pemimpin pembangkang ke negeri ini, kecuali mereka yang dilabelkan sebagai pelampau.

Mengesahkan perkara ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani, hampir semua nama yang diharamkan memasuki Sarawak pada waktu pilihan raya lalu boleh menyemak status mereka di pejabat Imigresen negeri.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media, sempena dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 yang bakal menyaksikan lebih lima ribu atlet dan pegawai akan berkampung di Bumi Kenyalang.

Pada musim pilihan raya lalu, hampir 50 individu disekat daripada memasuki negeri ini kerana dikhuatiri boleh mendatangkan risiko perkauman dan rasis kepada rakyat negeri ini.

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai kuasa imigresen untuk menghalang mana-mana individu daripada memasuki negeri ini menerusi Perkara 18 Perlembagaan Malaysia.

Antara pemimpin politik yang mengalami kejutan apabila mendapati nama mereka dalam senarai sekatan termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah Anwar, Teo Nie Ching , Anthony Loke, Ooi Leng Han daripada DAP, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Dr Afif Bahardin (PKR).

Turut tersenarai ialah Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos serta Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru