JAKARATA: Indonesia berada di tangga ke-88 daripada 168 negara dan wilayah dalam Indeks Persepsi Rasuah, NGO Ketelusan Antarabangsa tahun lalu.

Anggota penjawat awam, termasuk polis sering dianggap mengamalkan rasuah.

Namun, bukan semuanya tercalar dek amalan rasuah. Seorang anggota polis di Malang, Pulau Jawa layak dijadikan teladan kerana menolak rasuah meski sering punya peluang berbuat demikian.

Justeru, beliau bakal diberi penghormatan  dan penghargaan kerana menolak sogokan sepanjang 40 tahun berkhidmat.

Seladi, 57,  menjadi terkenal kerana ketegasannya untuk tidak ditumbuk rusuk.

Disebabkan kejujurannya itu, kerajaan Indonesia akan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu menegaskan beliau sentiasa menolak rasuah walaupun pendapatan hanyalah kira-kira AS$400 (RM1,600) sebulan.

Seladi mengaku tidak mahu menerima pemberian orang. Kalaupun ada yang memberi di rumah, kata Seladi, ia meminta  anaknya mengembalikan pemberian berkenaan.

Prinsip hidupnya itu ditipkan kepada anaknya, iaitu perlu berpegang kepada etos kerja keras, halal, dan tanpa perasaan rendah diri.

Beliau mengakui banyak godaan kerana bertugas di jabatan yang mengeluarkan lesen memandu di bandar Malang, dekat Pulau Jawa.

“Ramai orang mahu memberikan wang atau hadiah supaya saya meluluskan ujian memandu mereka,” katanya kepada media di sini.

Dollarphotoclub_55387490 (1)

Sebaliknya, beliau dengan tekun dan tanpa rasa malu  atau rendah diri mencari bahan terbuang untuk menambah pendapatannya.

Selain  mendapatkan wang halal daripada pekerjaan itu, beliau membantu dalam membersihkan persekitaran.

Seladi menegaskan kepada Surya, pekerjaan sampingannya menggeluti “bisnis” sampah tidak membuatnya mengesampingkan pekerjaan utamanya kerana dia mengutip  sampah di luar waktu pejabat.

Selepas habis kerja di pejabat dan berganti baju, ia mencari sampah.

Pendapatan daripada sampah sekitar Rp 25.000-Rp 50.000 sehari.

“Yang penting halal, ikhlas, dan terus ikhtiar. Tidak usah peduli omongan orang. Saya tahu, pasti ada yang mencibir. Kalau ada yang begitu akan saya jawab, ‘Saya bisa menjadi seperti kamu, tetapi apa kamu bisa seperti saya’,” katanya.

Katanya: “Saya tidak rasa rendah diri memiliki ayah yang polisi, tetapi juga tukang rongsokan. Ini pekerjaan halal. Saya malah bangga karena ayah mengajari tentang kerja jujur.”

Anaknya yang seorang lagi, Neny mengakui pernah dibuli rakan sekolah gara-gara pekerjaan ayahnya itu.

“Pernah  dibuli. Katanya bapak tuh yang minta-minta di jalan. Mungkin mereka anak-anak itu tak tahu bapak seperti apa,” kata Neni seperti dipetik Tribun.

“Saya cuma bisa diam, berdoa, biar Bapak diangkat darajatnya dan bapak sudah membuktikan sekarang,” kata Neni. – Sarawakvoice.com