Friday, September 30, 2022

PM harap gaji minimum beri manfaat kepada pekerja

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap perintah Gaji Minimum 2016 yang akan berkuat kuasa hari ini dapat memberi manfaat kepada golongan pekerja di negara ini.

Melakar dalam catatan di laman Facebooknya Perdana Menteri berkata:”Semoga peningkatan pendapatan ini akan membawa manfaat kepada para pekerja dengan struktur penggajian yang lebih saksama.”

Beliau yang juga Menteri Kewangan berharap pelaksanaan gaji minimum  akan menggalakkan peningkatan produktiviti dan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Bermula 1 Julai, gaji minimum negara untuk para pekerja semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah, akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.

Manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula daripada RM800 kepada RM920 sebulan.

Penjawat awam  di seluruh negara akan turut menikmati kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum sebanyak RM1,200 mulai esok.

Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru