Friday, August 19, 2022

Lim Guan Eng dilayan seperti penjenayah yang berbahaya, kata Wan Azizah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuat penangkapan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolah-olah beliau seorang penjenayah yang berbahaya kata,  Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

13490680_733760900060522_5738587199746301986_oGuan Eng ditangkap SPRM petang Rabu sejurus selepas  beliau mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang berkata, Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM.

“Kami berpendapat tangkapan petang tadi (kelmarin) adalah tidak perlu, malah cara ia dibuat dengan kehadiran anggota yang begitu ramai seperti YAB Lim Guan Eng itu seorang penjenayah yang amat berbahaya,”

Katanya, penangkapan dan pendakwaan Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya PRU14.

Malah, menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, “adakah hanya pihak pembangkang yang patut menerima layanan seperti Guan Eng, manakala mereka di pihak kerajaan pula menikmati kekebalan di sisi undang-undang?” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru