Sunday, November 27, 2022

Kerajaan Negeri contohi Pusat beri duit raya RM500 dan cuti peristiwa

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan elaun bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani berkata, pemberian elaun tersebut selari dengan keputusan kerajaan pusat sebelum ini dan akan dibayar bermula hari ini hingga Isnin depan.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa lebih 28 ribu penjawat awam, termasuk yang berkhidmat dengan badan berkanun akan menikmati kenaikan gaji tahunan (KGT) pada bulan ini, manakala gaji minimum ditetapkan pada RM1200.

” Selain itu, kerajaan negeri dengan persetujuan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem juga bersetuju untuk mengadakan ‘cuti peristiwa’ pada Jumaat, 8 Julai sekiranya Aidilfitri jatuh pada Rabu, 6 Julai.

” Keputusan ini juga selari dengan persetujuan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang media selepas raptai pergerakan Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Sarawak, dekat sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa sekiranya Aidilfitri jatuh pada Rabu, 6 Julai.

Bagaimanapun kemudahan itu dibatalkan jika Aidilfitri jatuh pada Selasa, 5 Julai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru