Thursday, December 8, 2022

Pengguna jalan raya di Sarawak, awas, polis trafik mengintip anda

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN:  Polis akan memberi perhatian khusus kepada 60 kawasan yang dikategorikannya sebagai ‘panas’ di seluruh Sarawak  di bawah Ops Selamat bagi memastikan pengguna tidak ingkar terhadap peraturan jalan raya, dan seterusnya mengurangkan kemalangan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak berkata, sepanjang operasi bersepadu itu, pihaknya akan memasang perangkap laju di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti bagi menangkap pesalah.

“Sekiranya ditangkap, kita akan terus menahan mereka untuk diambil tindakan,” kata Datuk Mazlan Mansor, sambil menegaskan polis trafik tidak akan bertolak ansur dengan pesalah trafik.

Beliau berkata, pihaknya  akan menjalankan pemantauan di persimpangan lampu isyarat dan laluan kecemasan kerana menurutnya, kini pengguna jalan raya tidak begitu mempedulikan lampu isyarat.

13533230_606855709478358_819320522614051890_n

Mazlan berkata demikian kepada media selepas melancarkan Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri di The Summer di sini, semalam.

Ops Selamat bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu akan berlangsung hingga 13 Julai.

“Saya menasihati pengguna jalan raya berhenti berbuat demikian kerana kita akan memantau dan membuat intipan,” katanya.

Beliau turut menasihati  pengguna jalan raya agar tidak menggunakan laluan ini untuk memudahkan pergerakan kenderaan anggota keselamatan jika terdapat kecemasan.

Katanya: “Statistik bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas menunjukkan kemalangan jalan raya meningkat 7.4 peratus.”

Kemalangan maut meningkat kepada 191 kes tahun ini daripada 175 kes tahun lepas.

Sementara bimbang dengan trend peningkatan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan mereka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru