Hrithik Roshan mungkin jadi mangsa bom di Lapangan Terbang Istanbul jika…

0
6

ISTANBUL: Sekembali bercuti bersama anak-anaknya dari Afrika, penerbangan Hrithik Roshan, 42, transit di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul di Turki.

Bagaimanapun, setiba di Istanbul, keluarga Roshan ketinggalan penerbangan transit yang sepatutnya membawa mereka pulang ke India.

10653335_950645638350481_8382431097742438881_nAktor tampan Bollywood yang terkenal menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) ini sepatutnya bermalam di Istanbul sementara menunggu penerbangan esok hari.

Sekiranya Roshan memilih untuk berada di Lapangan Terbang Ataturk pada Selasa malam, Roshan dan keluarganya pasti berhadapan dengan serangan bom bunuh diri yang menelan 41 korban dan mencederakan 230 lainnya.

Roshan mengambil keputusan tidak mahu menunggu lama, mereka menaiki penerbangan kelas ekonomi pada Isnin agar segera berada di rumah seperti sepatutnya.

“Ketinggalan penerbangan transit di Istanbul dan berada di lapangan terbang hingga penerbangan berikutnya keesokan harinya, tapi (kami) mengambil kelas ekonomi dan terbang lebih awal #Prayers4istanbul,” kicau Roshan melalui Twitter, sebagaimana dipetikThe Star pada Rabu..

Melalui Twitternya, Roshan merakamkan terima kasihnya kepada staf lapangan terbang yang membantunya menguruskan penerbangan awal itu.

Roshan dari keluarga Punjabi beragama Hindu pernah mengahwini Sussanne Khan seorang Muslim kemudian bercerai, meminta peminatnya untuk bersama-sama memerangi terorisme.

“Amat terasa bantuan dan kebaikan staf Lapangan Terbang Istanbul beberapa jam lalu. Berita yang mengejutkan. Orang tidak bersalah terbunuh… Kita harus bersama-sama bersatu memerangai terorisme,” kicau Roshan, nama sebenarnya Hrithik Rakesh Nagrath atau nama panggilannya Duggu. – Sarawakvoice.com

13557661_10154306678574407_1097076291356694062_n