Wednesday, June 29, 2022

Guan Eng didakwa SPRM hari ini kerana isu pembelian banglo RM2.8 juta

Secara Rawak

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas pemilik banglo di Jalan Pinhorn, Phang Li Koon, setelah Pejabat Peguam Negara berpuas hati terdapat pertuduhan terhadapnya.

Lim ditahan di pejabatnya di Tingkat 28, Bangunan Komtar, sekitar jam 5.45 petang, sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri.

Phang pula ditahan pada jam 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

lge sprm_0001

SPRM  dalam kenyataan rasminya kepada media berkata, pelaksanaan tangkapan ke atas Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon dilakukan setelah mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara, dan mereka akan dituduh di mahkamah esok (hari ini).

“Pasukan pendakwaan esok (hari ini) akan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan tertuduh, Guan Eng dan Li Koon akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Difahamkan, Lim dan Phang telah dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah dengan diiringi peguamnya R.S.N Rayer yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima, dengan kereta rasmi kerajaan negeri pada 6.30 petang.

Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta daripada Phang, yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, untuk tujuan membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Mac lepas, Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan kedua-dua isu itu pada persidangan Dewan Rakyat.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng bakal menjadi Ketua Menteri kedua berhadapan tuduhan serupa, selepas Datuk Dr Mohd Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor. – Sarawakvoice.com

lge sprm_0000 lge sprm_0002

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru