Saturday, May 21, 2022

Sarawak pertaruh kebolehan Leon Schepers untuk tuai pingat dalam acara BMX Sukma 2016

Secara Rawak

KUCHING: Dalam usahanya untuk melahirkan jagoan bertaraf dunia, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) pada awal tahun ini melantik jurulatih berbasikal berpengalaman dari Afrika Selatan, untuk membimbing sukan berbasikal BMX negeri ini.

ca57c713-6ccd-49a0-bce2-6df0991dfc7dJurulatih terbabit, Leon Schepers yang asalnya kelahiran Kanada, merupakan seorang atlet berbasikal yang cukup berpengalaman termasuk menyertai pertandingan di peringkat Olimpik.

Ia juga menjadi bukti keseriusan Sarawak untuk menjadi kuasa baharu dalam sukan itu.

Berpengalaman luas di Afrika Selatan, Kanada dan Australia, Leon diletakkan misi untuk membangunkan program basikal secara intensif mencakupi basikal bukit, BMX, lumba trek, velodrom dan lebuh raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee, visi dan perancangan SSC adalah untuk melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia yang mampu mencabar dalam kejohanan kebangsaan dan antarabangsa seperti SUKMA, Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

“Pembangunan sukan berbasikal di Sarawak memerlukan perancangan jangka masa panjang mengikut peraturan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selain melibatkan penglibatan persatuan dan kementerian berkaitan.

Sehubungan itu, kata Ong, Leon yang memulakan tugas pada awal tahun ini sebagai jurulatih skuad BMX SUKMA telah dipertanggungjawab untuk membentuk program pembangunan berbasikal jangka masa panjang sebaik temasya itu berakhir kelak.

“Kita akan menunggu sehingga SUKMA berakhir sebelum memulakan pelan untuk melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia dalam disiplin berbeza,” jelasnya.

Misi penting program ini katanya, adalah untuk menjadikan Sarawak kuasa baharu dalam sukan berbasikal, sesuatu yang belum pernah dicapai sebelum ini.

“Sukan berbasikal di Sarawak masih agak ketinggalan terutama dalam acara trek, BMX mahupun lebuh raya.

“Tidak dinafikan, kita mampu memberikan saingan dalam acara basikal bukit dan menurun bukit (wanita) namun ia perlu ditingkatkan di mana kita mahu menguasai semua acara berbasikal.

Menurut Ong, ketika ini Sarawak masih belum mempunyai perancangan untuk membangunkan sukan berbasikal secara komprehensif, namun beliau optimis dengan kehadiran Leon, akan membantu melahirkan ramai pelumba bertaraf dunia, sekali gus mengubah masa depan sukan itu di negeri ini.

“Leon juga bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan terhadap program tersebut dengan fokus terhala ke arah mencungkil lebih ramai pelumba dan pembangunan bakat.

Antara kejayaan Leon termasuklah melatih pasukan Olimpik Afrika Selatan untuk Sukan Olimpik 2006 serta melatih kelab profesional di Toronto sepanjang tahun 2010 hingga 2013.

Kejayaan lainnya termasuklah melatih pelumba basikal wanita berusia 51 tahun, Mytre Wilke untuk memenangi lima pingat emas dalam acara keirin, pecut individu dan berkumpulan dalam Kejohanan Benua Afrika.

Kata Leon, beliau yakin pelumba Sarawak mampu mengutip pingat dalam kejohanan SUKMA kali ini kerana para atletnya akan melalui rejim latihan yang keras dan tegas dengan sasaran memburu emas. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru