Friday, August 19, 2022

Perlu mencarum jika gaji lebih RM4,000

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jika pekerja anda bergaji RM4000 dan ke atas, sebagai majikan anda wajib mendaftar dan mencarum pekerja terbabit dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Datuk Mohammed Azman Aziz MohamedDan, peraturan baharu ini berkuat kuasa 16 Julai ini susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 pada 26 Mei lalu yang diwartawakan 1 Jun.

Mengakui bahawa pindaan akta itu akan meningkatkan kos operasi majikan, namun Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Mohammed Azman Aziz Mohamed berkata, caruman itu hanya membabitkan penambahan kecil.

Katanya, kegagalan  berbuat demikian akan menyebabkan majikan dikompaun maksimum sehingga RM4,000.

“Jika kes mereka dibawa ke mahkamah dan sabit kesalahan, majikan boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selepas tarikh itu, kata beliau, Perkeso akan melancarkan usaha besar-besaran bagi mengesan majikan yang ingkar.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa Perkeso di sini, semalam. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru