Wednesday, June 29, 2022

Darah berceceran, potongan tubuh berserakan di mana-mana, semua orang melarikan diri

Secara Rawak

ISTANBUL:  “Semua orang mulai melarikan diri. Darah berceceran dan potongan tubuh manusia berserakan di mana-mana. Saya melihat ada lubang peluru di pintu,” kata seorang saksi setelah berada di luar Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul, Turki, malam Selasa.

Tiga pengganas berani mati berkenaan melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri di lapangan tebang antarabangsa utama Istanbul

Lapangan terbang  itu diberi nama sempena nama Mustapha Kemal Atartuk, pengasas dan presiden pertama Turki.

Sekitar 60 juta penumpang menggunakannya pada 2015, menjadikannya lapangan terbang ke-11 paling sibuk di dunia.

Akibat ledakan itu, menurut angka terkini, 36 orang terkorban dan hampir 150 orang cedera.

Menurut saksi, seorang daripada tiga penyerang melepaskan tembakan di ruang balai berlepas dengan senapang automatik.

Puluhan penumpang merunduk untuk berlindung dan mencuba melarikan diri.

Penembak  bertopeng yang memakai pakaian serba hitam dikatakan menghalakan sasarannya kepada sesiapa sahaja di depannya.

Polis hendak menembak dua penyerang sebelum mereka mencapai sebuah pos pemeriksaan keamanan di ruang ketibaan.

“Namun mereka meledakkan bomnya,” kata kerajaan Turki.

“Dengan kejadian ini  jelaslah bahawa keganasan merupakan ancaman global. Serangan ini, menyasarkan orang yang tidak bersalah oleh aksi keji terencana teroris,” kata jurucakap kerajaan.

Sebagian besar daripada mangsa ialah warga Turki, namun, beberapa orang asing turut terkorban.

“Ada ledakan besar, sangat kuat.  Bumbung roboh. Di dalam lapangan terbang itu mengerikan, Anda tidak dapat mengenalinya, kerosakan sangat teruk,” kata seorang saksi

Perdana Menteri  Binali Yildirim berkata bukti awal menunjukkan IS di belakang serangan itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru