KOTA KINABALU: Zakiah Kalipunya menegaskan bahawa beliau masih lagi Ketua Puteri Umno Bahagian Semporna.

1798855_10201113613675586_1267216197_nBerita Harian hari ini melaporkan bahawa Zakiah dan 300 ketua cawangan bahagian itu mengambil tindakan keluar parti susulan tindakan Majlis Tertinggi Umno menggantung keanggotan Naib Presiden yang juga Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Afdal.

Semalam, Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti.

Dalam kenyataan hari ini, Zakiah berkata  dia memilih untuk  terus berjuang dalam Umno sehingga tamat tempoh penggal.

“Ini bagi menghormati mandat perwakilan puteri yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk meneruskan agenda wanita muda,” katanya.

Katanya, Puteri Umno Semporna sangat menghormati Shafie selaku pemimpin yang disegani dan disayangi.

Katanya: “Bagaimanapun, kami juga menghormati ketetapan MT Umno selaku pucuk pimpinan parti.”

“Keputusan ini amat sukar, tetapi demi kelangsungan survival wanita muda, maka ia adalah yang terbaik bagi semua anggota puteri Umno Semporna,” katanya.

Zakiah berkata, Puteri Umno Semporna turut menggesa agar Lembaga Disiplin Umno mempercepat laporan siasatan tuduhan perlanggaran disiplin oleh Shafie.

Hal ini bagi membolehkan akar umbi Umno di Semporna khususnya anggota puteri meneruskan kesinambungan perjuangan parti. – Sarawakvoice.com