Sunday, September 25, 2022

‘Mengapa saya kecewa? Tak perlu saya jelaskan,’ kata  Douglas Uggah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri dalam rombakan Kabinet Isnin, nama Datuk Seri Mah Siew Keong pula tiba-tiba muncul.

Mah, 67, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Sarawak selepas pilihan raya negeri 7 Mei lalu.

Mah, Presiden Gerakan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Perak mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains  dan Sarjana Pentadbiran dari London School of Economics, manakala Ijazah Perundangan (LLB) dari University of East London.

Meskipun ramai yang kecewa, termasuk Douglas dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri  Dr James Jemut Masing, namun rakyat Sarawak perlu menerima hakikat semua itu ialah prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya amat kecewa apabila tidak ada Menteri dari Sarawak dipertimbangkan untuk mengambil alih jawatan yang saya pegang sebelum ini.

Mengapa saya kecewa? Tidak perlu saya jelaskan,” kata Uggah seperti dipetik Utusan Borneo, hari ini.

Masing pula ternyata kecewa. “Sebagai rakyat Sarawak saya kecewa apabila kedudukan Datuk Amar Uggah telah diperuntukkan kepada ahli politik dari Semenanjung.

Kita telah kehilangan satu portfolio menteri penuh,”  katanya kepada akhbar sama, sambil mengakui pelantikan ahli Kabinet ialah hak mutlak Perdana Menteri.

Sebelum rombakan, banyak  pihak membuat spekulasi bahawa ahli PBB dari sayap Pesaka itu akan dilantik sebagai menteri.

Nanta  meskipun menerima rombakan itu dengan hati terbuka dan enggan mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, namun turut terkilan kerana tiada ahli dari sayap Pesaka, PBB dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan Kabinet itu.

Kata Najib, rombakan itu dibuat selaras perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai Pelantikan Timbalan Penteri Persekutuan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Najib pada sidang media berkata, penyusunan semula Kabinet dibuat untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

“Kita mahu memastikan agenda pembangunan ekonomi, kebajikan dan keselamatan untuk rakyat dapat terus berjalan dengan baik seperti yang dijanjikan,” katanya. – Sarawakvoice.com 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru