Keputusan referendum Brexit 52 peratus menyebelahi Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) berbanding 48 peratus menyokong untuk tetap bergabung dengan EU.

MI+Scottish+Irish+flags+Ireland+scotlandKesan domino daripada hasil referendum tersebut telah mengancam akan pecahnya kesatuan di dalam Great Britain atau United Kingdom yang turut mengandungi beberapa negara; England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.

Sekian waktu, persekongkolan 43 tahun Britain dengan EU melunakkan hubungan dan keselesaan Scotland dan Ireland Utara dengan EU.

Yang jelas, England dan Wales memilih keluar EU.

Namun, Scotland dan Ireland Utara memilih untuk tetap bergabung dengan EU.

Justeru, jika kepentingan adalah bertentangan, maka wajar bagi Scotland dan Ireland Utara keluar dari Britain.

Kesal dengan keputusan referendum, Scotland mahu referendum kedua diadakan bagi menghalang usaha mengeluarkan negaranya daripada EU.

EU ialah kerjasama ekonomi dan politik 28 negara anggota yang disatukan selepas Perang Dunia II untuk meningkatkan kerjasama ekonomi.

Dari segi ekonomi, EU berkembang menjadi “kuasa pasaran tunggal” mencakupi 508 juta jiwa sehingga barangan dan orang dapat berpindah secara bebas.

Organisasi ini juga memiliki mata wang tunggal, euro yang digunakan oleh 19 negara anggota.

Negara anggota EU mempunyai kesepakatan parlimen sendiri dengan kesepakatan sejumlah peraturan termasuk isu alam sekitar, pengangkutan, hak pengguna sehingga kepada pembiayaan telefon pintar.

Sebelum ini, Greenland salah satu wilayah luar Denmark pernah mengadakan referendum pada 1982.

Selepas mendapat autonomi lebih besar ia memilih keluar Denmark sekali gus keluar dari EU dengan jumlah undi 52:48 peratus.

Greenland mengambil masa tiga tahun (1982 hingga 1985) dan menghadiri 100 mesyuarat dengan pegawai EU sebelum melepaskan ikatannya. – Sarawakvoice.com