Rakyat Britain atau United Kingdom telah menghantar suara melalui Brexit yang memberi undi 52:48 peratus untuk keluar dari kesepakatan hampir setengah abad bagi 28 negara Kesatuan Eropah (EU).

Ternyata keputusan referendum “brexit” atau “remain” sangat dikhuatiri memberi momentum kepada pemimpin politik di beberapa negara yang pernah menyuarakan keinginan untuk keluar dari EU sebelum ini.

Menurut Washington Post pada hari pengundian Brexit berlangsung, terdapat enam negara lain dalam EU yang memiliki latar belakang dan situasi untuk mengambil sikap yang sama dengan Britain sebelum ini.

Enam negara ini memiliki potensi besar untuk mengikuti jejak rakyat Britain memungut referendum keluar EU.

1. Perancis: Program pelarian dan pendatang EU dikatakan membawa banyak kerugian ke atas Perancis. Di antaranya ialah ancaman terorisme yang didakwa turut menyusup masuk di kalangan para pelarian.

Dengan ekonomi Perancis yang dikatakan sedang lemah, ia memiliki potensi sebesar 61 peratus bagi rakyatnya membuat tuntutan keluar EU.

2. Hungary: Perdana Menteri Hungary Victor Orban dianggap sebagai diktator dan tidak memiliki hubungan yang baik selama ini dengan EU.

Dengan bermodalkan pelarian dan pendatang sebagai isu, Orban merancang mengadakan referendum yang dapat merugikan EU.

3. Sweden: Negara ini menganggap dirinya sebagai kembar Scandinavia di Great Britan. Ketika negara lain di UE sepakat mengguna mata wang Euro, Sweden menolaknya.

Tahun lalu, Sweden heboh dengan ratusan ribu pelarian memasuki negara tersebut. Sweden tidak berpuas hati dengan dasar EU yang mesra pendatang dan pelarian.

4. Belanda: Terdapat kempen dari parti populis sayap kanan yang anti-Islam, mengusahakan gerakan yang hampir serupa dengan Brexit.

“Jika kita mahu selamat sebagai sebuah negara, kita harus menghentikan imigrasi dan islamisasi. Kita tidak dapat melalukan hal itu, jika masih bergabung dalam EU,” kata ketua parti tersebut.

Geert Wilders yang anti-Islam dan antipelarian berkata, mereka hanya dapat menolak pelarian jika keluar dari EU.

5. Denmark: Negara ini memiliki kebergantungan yang kuat dengan Britain. Denmark-Britain nmerupakan sekutu kuat dalam EU. sementelahan, kedua-dua negara mempunyai pandangan politik yang serupa.

“Tanpa Britain , Denmark umpama kereta api tanpa lokomotif untuk menarik perhatian rakyatnya,” kata pakar politik Marlene Wind dari Universiti Copenhagen.

Justeru, sangat besar bagi inisiatif Denmark mengikut jejak Brexit.

6. Greece: Krisis kewangan Greece menjauh dan menghilangkannya dari liputan media.

Akhbar Kathimerini khuatir, krisis Greece jika digabungkan dengan Brexit, akhirnya akan menjadi ancaman serius untuk status keanggotan Greece dalam EU.

Sebagaimana diketahui, ketika Greece muflis, negara anggota EU mengeluarkan biaya menanggung hutang Greece. Dan Britain menggunakan isu ini sebagai kempen Brexitnya. – Sarawakvoice.com