Referendum Brexit yuang berlangsung 23 Jun lepas ternyata berpanjangan.

Tidak hanya negara Eropah yang melatah terhadap momen bersejarah ini, tetapi kesan dominonya terasa hingga ke benua Amerika.

Negeri di Amerika Syarikat yang terkenal dengan watak koboi, Texas, mendadak mengajukan referendum pemisahan.

Ketua Pergerakan Texas Nasional, Daniel Miller, memulakan seruan Texit atau Texas Exit (Texas Keluar) pada Jumaat, 24 Jun lepas 2016 melalui kicauan di Twitter-nya kepada Gabernor Texas, Greg Abbott.

“Selamat Pagi (Gabernor) @GregAbbott_TX. Hari yang indah untuk menjadualkan sebuah referendum bagi Texas Merdeka!” cuit Miller, seperti dipetik daripada CBS News pada Sabtu.

Kicauan permulaan ini sungguh berhantu.

Setelah kicauan itu, hashtag #Texit mendadak popular, terutama di Fort Worth Stockyards, kawasan bersejarah di Texas yang memiliki keluasan sekitar 98 ekar.

texit_1466786533544_1484813_ver1.0

Pada 1836–1845, Texas memang pernah menuntut merdeka dari AS.

Permintaan untuk keluar sempat diajukan lagi pada Disember 2015. Namun, Parti Republik menolak pungutan suara diadakan.

Meskipun begitu, Miller sedia mengajukan lagi Texit pada 2018.

Kali ini Miller mengatakan memiliki seperempat juta penduduk di belakangnya.

Momentum Brexit 2016, memberi semangat dan harapan baru bagi Texas memanaskan tuntutannya sebelum 2018. – Sarawakvoice.com