Selepas keputusan referendum memihak kepada Brexit, terdapat warga Britain yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut lantaran mengadakan petisyen mengharapkan agar referendum baru diadakan.

Setakat dua hari, sebanyak 3.6 juta petisyen berjaya dipungut menentang Brexit yang sudah memutuskan undian 52 peratus bersetuju Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Pakar terkemuka pilihan raya Britain, Profesor John Curtice menegaskan petisyen tersebut tidak akan dapat mengubah hasil referendum Brexit.

Menurut Profesor Curtice, hasil referendum Brexit begitu signifikan dan berjaya memecah belah arus utama parti politik.

Oleh itu, penyokong EU buat semenetara waktu tidak mungkin membuat sebuah referendum baru.

Kebetulan, jumlah antara pihak pro dan kontra tidak memiliki jurang undi yang signifikan.

Referendum Brexit mengumpul 17.4 juta undi (51.9 peratus) suara yang menyokong Britain meninggalkan EU.

Manakala, 16.1 juta undi (48,1 peratus) menentang keputusan tersebut.

Seramai 72.2 peratus warga Britain keluar mengundi dalam Brexit.

Profesor Curtice menegaskan petisyen ini tidak memberi sebarang makna, sebaliknya ia sepatutnya dilakukan sebelum referendum Brexit berlangsung.

EU tidak sabar lihat Britain angkat kaki

Sementara, dalam perkembanghan lain, negara pengasas EU tidak sabar dengan keputusan Brexit sehingga meminta Britain segera meninggalkan blok politik dan ekonominya selepas referendum negara Ratu Elizabeth itu memilih keluar EU.

“Perbincangan harus berjalan secepat mungkin dalam kepentingan bersama,” kata Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault sepeti dikutip Russia Today, Ahad lepas.

Beliau menambah penting bagi EU bergerak pantas agar dapat menuju hala baru bagi ke-27 negara anggotanya dan mencegah tumbuhnya risiko populisme.

Ia juga mengelak munculnya period ketidakpastian yang boleh memberi kesan ekonomi dan politik.

Kenyataan bersama dari enam negara pengasas EU iaitu Perancis, Jerman, Belanda, Itali, Belgium dan Luxemburg mengatakan mereka mahu Britain bertindak pantas.

Britain dilihat tidak mahu tergesa-gesa memulakan proses pelepasan kanggotaannya.

Perdana Menteri Britain, David Cameron yang mengumumkan pengundurannya sebaik sahaja selesainya konvensyen Parti Konservatif pada Oktober 2016.

Selepas cuci tangan, Cameron mengatakan keputusan bagi tarikh Britain meninggalkan EU akan ditangani oleh penggantinya selepas itu.

Keputusan Brexit menggoncang sistem Britain termasuk menyebabkan jatuhnya nilai mata wang poundsterling.

Sementara itu, menurut pakar, sebenarnya tidak mudah bagi Britain menjalankan proses memisahkan dirinya dari Kesatuan Eropah (EU) walaupun Brexit telah diketahui keputusannya.

Selain berdepan dengan Pasal 50 Traktat Lisbon 2009, Britain juga perlu berdepan dengan 27 negara anggota lain yang boleh dianggap sebagai mahu menuntut cerai daripada pasangan poligaminya.

Proses perbincangan paling tidak mengambil masa sekitar dua tahun dengan persetujuan 27 negara tersebut.

Britain juga berdepan dengan 80,000 lembar legislasi (undang-undang) yang harus dipilih oleh Britain. – Sarawakvoice.com