Friday, August 19, 2022

Saya akan bawa EPU dekat kepada rakyat – Rahman Dahlan

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini menyifatkan pelantikannya untuk menyelia Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebagai kepercayaan dan amanah yang tinggi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

10708680_980842608608154_1874187226458737512_o“Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan beliau kepada saya, apatah lagi ia merupakan tugas dan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan ekonomi negara.

Kata Abdul Rahman, beliau berasa amat bangga kerana inilah pertama kalinya seorang menteri dari Sabah diberi kepercayaan untuk mengetuai EPU, dan tentunya ini adalah pencapaian penting untuk rakyat di negeri di bawah bayu itu.

“Walaupun berasa sedih untuk meninggalkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi keluarga saya untuk tiga tahun kebelakangan ini, namun saya mengalu-alukan pelantikan ini dan berikrar untuk memberi sumbangan terbaik atas kemampuan saya untuk portfolio baharu ini.

“Saya juga berharap dapat melakukan yang terbaik, dan meneruskan usaha yang ditinggalkan oleh menteri-menteri ekonomi lain sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media petang ini.

Katanya, isu-isu ekonomi pada hari ini amat penting dan perlu ditangani sebaiknya kerana ia akan memainkan peranan penting dalam penentuan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Oleh itu, rakyat Malaysia hari ini akan menjadi lebih berminat dalam isu-isu ekonomi negara selepas ini.

Dengan pelantikan ini, Abdul Rahman berharap untuk memulakan program-program yang akan membawa EPU lebih dekat kepada rakyat, dan melaksanakan program-program yang membuatkan EPU lebih difahami dan dihargai oleh rakyat biasa.

“Ini institusi yang penting dan ia tidak boleh kekal semata-mata di tangan ahli ekonomi, ahli perniagaan mahupun pembuat dasar.

“Kita mesti berusaha untuk membentangkan isu-isu penting dengan cara yang lebih mudah bagi membawa EPU lebih dekat kepada rakyat.

Dengan cara ini katanya, semua pihak dapat merasaikan pemilikan dalam EPU, seterusnya membolehkan mereka menguasai dasar, dan membantu menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dengan lebih mudah. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru