Tuesday, November 29, 2022

Profesor   diugut bunuh, diludah, dilabel sakit mental

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Profesor Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan disebabkan oleh tulisan dan pandangannya ada yang sampai meludah dan menjegilkan mata apabila bersua muka dengan beliau.

“Begitu juga ugutan bunuh. Tidak mustahil akan ditembak. Saya bertawakal kepada Allah akan takdir ,,” katanya dalam tulisan terbaharu dalam Sinar Harian, hari ini.

Kolum ahli akademik sebuah universiti tempatan  itu sering mendapat perhatian kerana pandangannya yang berani, berterus terang dan kontroversi.

Rudhuan, seorang pendakwah bebas, berketurunan Cina dan memeluk Islam, merupakan pensyarah kontroversi dan diberi pelbagai label oleh golongan yang tidak menyenangi tulisan atau pandangannya.

Golongan yang disifatkannya kiasu, turut melabelkannya sebagai lebih Melayu daripada Melayu. Namun, Ridhuan bagai tidak mempedulikan semua itu, dengan terus melontarkan idea dan pandanganya tanpa ragu.

“Saya akan terus dilabel lebih Melayu daripada Melayu supaya orang Cina membenci dan menganggap saya sebagai pengkhianat,” katanya.

Saya dilabel sebagai pengkhianat bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai bangsa saya sendiri. Dituduh mahu menjadi orang Melayu atau lebih Melayu daripada Melayu.

Nasib baiklah selepas saya keluar daripada MCA, baharu ultra kiasu sedar bahawa selama ini saya berada dalam parti Cina. Adakah saya rasis atau seksis sebagaimana yang dituduh?, ” katanya.

Ridhuan berkata, MCA  turut menyerang beliau disebabkan tegurannya berkaitan pakaian seksi dan singkat yang dipakai oleh perempuan Cina.

“MCA menyerang saya dengan mengatakan saya ini sakit mental dan perlu meminta maaf kepada orang Cina,” katanya.

“Kenapa saya perlu minta maaf. Hipokrit sungguh. Pergi telek dan belek pakaian budaya Cina sebenar,” katanya lagi.

Kata Ridhuan: “Wahai umatku, bangunlah, lihatlah kebobrokan mereka yang bersatu dalam terang dan senyap. Saya akan terus diserang dan diserang lagi. Tetapi saya jenis yang tidak menyerang jika tidak diserang. Tidak menyerang tanpa tentangan.”

Rudhuan  merupakan seorang daripada  sekitar 50 aktivis dan ahli politik yang turut disekat daripada memasuki Sarawak oleh pihak imigresen. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru