KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) pagi tadi mengalami kebakaran sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi,   Singapura kerana kebocoran minyak.

Penerbangan SQ368 ke Milan, Itali terpaksa berpatah balik ke Changi selepas seorang daripada penumpang menghidu bau gas tiga jam selepas berlepas pada 2.05 pagi tadi.

“Juruterbang kemudian memaklumkan ada kebocoran, dan pesawat terpaksa berpatah balik ke Changi kerana bahan api tidak cukup,” kata Lee Bee Yee, 43, sebagaimana dipetik akhbar Straits Times yang berpangkalan di Singapura, hari ini.

Pesawat mendarat di Changi pada 6.45 pagi tadi, sebelum mengalami kebakaran di sayap kanannya.

sq368-passengers-data
Photo: Lee Bee Yee

Sekeping gambar diambil dari dalam pesawat menunjukkan penumpang tenang ketika menunggu bantuan.

Menurut akhbar itu, tidak  terdapat sebarang kecederaan dalam kalangan penumpang.

Penerbangan SQ368 dengan 222 penumpang serta 19 anak kapal, bertolak  dari Terminal 3, Lapangan  Terbang Changi Airport  ke Milan, Itali, sekitar 2.05 pagi Isnin.

Pesawat Boeing 777-300ER  terpaksa berpatah balik sekitar tiga jam kemudian selepas juruterbang mengesan kerosakan enjin.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, para penumpang kelihatan dalam keadaan tenang meskipun mengalami detik-detik cemas itu.

Enjin sebelah kanan terbakar selepas pesawat berkenaan mendarat pada 6.50 pagi.

Difahamkan, para penumpang menaiki pesawat gantian  ke Milan pada 9.30 pagi tadi. – Sarawakvoice.com

https://www.youtube.com/watch?v=-90QTNgkeIg