Saturday, October 8, 2022

Pelantikan saya hadiah untuk rakyat Lawas – Henry Sum

Secara Rawak

MIRI: “ Ia hadiah untuk rakyat di kawasan saya.

13521841_593502600822989_3593222537960743930_n“Saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan mereka hingga akhirnya wakil rakyat mereka ini dapat menjadi Timbalan Menteri di peringkat Pusat,” kata Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas yang diumumkan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi PBB itu, beliau juga berasa gembira tetapi sedar bahawa tanggungjawab yang digalasnya kini tidak hanya kepada rakyat Lawas sahaja, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Henry, 70 tahun, yang berketurunan Lun Bawang dari Sundar berkata, pelantikannya dengan portfolio itu merupakan satu amanah yang besar, apatah lagi ia bertanggungjawab dalam menangani pelbagai isu berkaitan kepenggunaan dan harga.

“Saya berterima kasih kepada Tan Sri Adenan (Satem) dan Datuk Seri Najib (Razak) atas kepercayaan ini,” katanya.

Bapa kepada enam anak ini merupakan Pengerusi Lembaga Lada Malaysia yang memiliki latar belakang sebagai seorang jurutera.

Beliau mula bertanding di Parlimen Bukit Mas, menggantikan Datuk Michael Lisa Kaya pada 1999, sebelum kawasan parlimen itu ditukar nama kepada Parlimen Lawas, pada tahun 2008.

Pada pilihan raya 2013, memenangi pilihan raya di Parlimen Lawas dengan memperoleh 9,928 undi menewaskan Baru Langup daripada DAP yang memperoleh 3,898 undi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru