Sunday, August 14, 2022

James Masing cadang Leo Moggie sertai Jawatankuasa Teknikal kaji Perjanjian Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing hari ini berkata, beliau gembira dengan tindakan Putrajaya yang kini sedang menimbang secara serius untuk mengkaji semula keputusan dan laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan berkaitan Perjanjian Malaysia pada 1963.

Dalam satu kenyataan hari ini, Masing menjelaskan, kegigihan Kerajaan Sarawak yang mendesak agar usaha ini dilakukan telah mencapai perkembangan yang positif.

“Untuk membetulkan sesuatu yang salah bagi tempoh 50 tahun bukanlah sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa yang lama.

“Namun rakyat Sarawak perlu belajar bersabar!

Bagi memastikan kejayaan jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan ini katanya, ia hendaklah dianggotai oleh individu yang mahir tentang sejarah Persekutuan Malaysia.

“Dan calon yang paling layak bagi saya ialah Tan Sri Leo Moggie, bekas menteri Persekutuan dan seorang yang mahir tentang sejarah dan politik Malaysia,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru