Saturday, December 3, 2022

Alexander tidak menjadi menteri, bagaimana perasaan orang Sarawak dan pemimpin PBB?

Secara Rawak

KUCHING: Selepas pelbagai spekulasi dan desas-desus bahawa Ahli Parlimen Kapit akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dalam beberapa bulan ini tidak menjadi kenyataan, pasti banyak yang kecewa.

65118_158395207663328_834740401_nBukan sahaja penyokong beliau yang kecewa, tetapi pasti parti yang diwakilinya.

Datuk Alexander Nanta Linggi, wakil rakyat tiga penggal, sebelum ini dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Namun, dalam pengumuman rombakan Kabinet petang Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak menyenaraikan nama beliau sebagai menteri.

Douglas  perlu meletak jawatan berkenaan kerana dilantik sebagai seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei lalu.

Berita tentang kemungkinan besar Alexander dilantik menjadi menteri penuh telah beredar sebelum pilihan raya Sarawak lagi.

Malah, desas-desus berkenaan menjadi bertambah kuat apabila sebuah akhbar tempatan dan akhbar nasional turut meramalkan nama beliau akan naik pada edisi Sabtu dan Ahad.

Sebaliknya, hanya  Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dengan itu, bermaksud, kuota PBB berkurangan daripada kuota sebelum ini dalam Kabinet Persekutuan.

“Adakah kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini tidak diiktiraf. Saya pun rasa terhiris. Entah bagaimana pula perasaan pemimpin PBB, saya tak tahu. Ini amat mengecewakan,” kata seorang pemerhati politik.

Sementara itu, seperti dijangka,  Ahli Parlimen Saratok  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan, Tan Sri William Mawan tidak tersenarai dalam rombakan Kabinet berkenaan.

Dalam rombakan dan penyusunan itu juga, Pengerusi Barisan Nasional Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dilantik menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mengisi jawatan yang ditinggalkan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Sarawakvoice.com

14955_343837239119123_2055555618911382976_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru