1. Idea penubuhan “Eropah Syarikat” dikemukakan oleh Perdana Menteri Britain, Winston Churchill pada 1946.
  2. Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah (ECSC) ditubuhkan pada 1951 melalui Perjanjian Paris yang menjadi perintis kepada penubuhan Kesatuan Eropah.
  3. ECSC membawa kepada penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada 1957.
  4. EEC kemudiannya dikenali sebagai Komuniti Eropah dan seterusnya Kesatuan Eropah (EU).
  5. EU ialah pertubuhan serantau terbesar di dunia.
  6. EU dianggotai 28 buah negara.
  7. Sehingga 2004, EU merupakan blok ekonomi terbesar di dunia.
  8. EU bergerak daripada pertubuhan perdagangan kepada persekutuan politik dan ekonomi.
  9. Mata wang Euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 19 negara anggota yang dipanggil Eurozone.
  10. Britain merupakan negara pertama yang keluar dari EU.