KUALA LUMPUR: Apakah kesan tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) terhadap Liga Perdana Inggeris?
Justeru, apakah masa depan bola sepak Liga Inggeris?
Kini Liga Inggeris tentu menerima kesan langsung.
Dan, bagaimana pula kesannya terhadap para pemain terbabit?
Adakah ini terakhir Liga Inggeris setelah Britain keluar daripada kesatuan 28 negara EU?
Sebelum ini, kelab bola sepak Inggeris memang bebas membeli pemain dari lingkungan EU, tanpa syarat ketat, seperti diterapkan terhadap pemain dari benua bukan Eropah.
Bagaimana pula nasib para pemain luar Inggeris yang kini bermain dengan kelab Inggeris, tapi belum memenuhi syarat regulasi?
Para pemain terkemuka dunia mungkin tidak lagi boleh bermain di Liga Inggeris pada musim depan karena tidak dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang.
Kini, permohonan permit kerja bagi pemain bukan EU adalah ketat. Mereka tertakluk kepada peraturan Home Office yang baharu.
Ia turut ditentukan oleh ranking FIFA bagi negara asal pemain berkenaan.
Sebaliknya, bagi pemain daripada negara EU, mereka mudah mendapat permit kerja di Britain.
Jadi, pemain dari negara EU selepas ini, misalnya, Jerman. Perancis, Belanda, Portugal, Denmark, Itali, dan Sepanyol, perlu memohon permit kerja daripada Home Office.
Sudah tentu ini menyulitkan lebih daripada 300 pemain dari negara EU yang bermain dalam liga bola sepak England dan Scotland.
Dan, lebih dahsyat, lebih daripada 100 pemain dari negara EU, tidak layak dari segi syarat.
Beberapa hari lalu, pemain handal, David Beckham berpendirian Britain harus kekal dalam EU.
Hakikatnya, Liga Inggeris merupakan paksi bola sepak dunia, kerana hampir semua pemain terkemuka dunia bermain di Liga Inggeris. – Sarawakvoice.com