Monday, November 28, 2022

Najib nasihati rakyat  hemat berbelanja sambut Syawal

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihati rakyat Malaysia supaya berbelanja secara berhemah dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

“Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baharu, tetapi ikatan silaturahim dan kekeluargaan sesama kita,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam catatan terbaru di laman www.najibrazak.com hari ini.

“Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah,” katanya.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 6 Julai ini.

13521923_10153588659680952_7327257930078288727_n

Perdana Menteri berkata, usaha meringankan beban ekoran pertambahan perbelanjaan pada musim perayaan  bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata.

Justeru, menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama memainkan peranan meringankan beban masing-masing dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif  bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Ini termasuk mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),  memberi bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil dan peneroka.

Sambil mengharapkan para peniaga  menawarkan jualan murah, beliau berharap mereka memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru